mohdsyazwan@hmetro.com.my
Baca juga: Lelaki Thailand ditahan di Sadao seludup wanita dalam buruan dari Malaysia
Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Chia Wei Jie memulakan kempen Terbuka Hong Kong 2026 dengan langkah positif apabila menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Jin Yong-Jo Song-hyun dalam aksi pusingan pertama di Kai Tak Arena, hari ini.
Ee Yi-Wei Jie terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemenangan 21-16, 18-21, 21-12 dalam pertarungan tiga set yang berlangsung sengit.
Kemenangan itu menyaksikan beregu negara berjaya melepasi halangan pertama untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan berkenaan.
Bagaimanapun, laluan mereka dijangka lebih mencabar apabila bakal berdepan pasangan pilihan kedua dari China, Liang Weikeng-Wang Chang pada pusingan kedua.
Liang-Weikeng antara gandingan yang diberi perhatian dalam kejohanan itu berdasarkan status mereka sebagai pilihan kedua.
Ee Yi-Wei Jie pastinya perlu mempamerkan aksi lebih konsisten, terutama dalam aspek pertahanan dan kawalan permainan bagi memberi saingan kepada lawan.
© New Straits Times Press (M) Bhd