Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memilih untuk tidak menceritakan punca perpisahannya dengan bekas suami, Farhan Norzaini, pada 18 Disember tahun lalu.
Mahu jaga aib bekas suami

Memetik laporan mStar, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, berkata keputusan tersebut dibuat bagi menjaga aib serta memelihara hubungan baik antara kedua-dua keluarga.
Menurutnya, perceraian itu diselesaikan secara baik tanpa sebarang pertelingkahan.
“Saya bercerai secara baik dengan bekas suami. Hubungan kami dan keluarga pun masih baik. Alhamdulillah doakan yang baik-baik.
“Kami tidak mahu berkongsi apa-apa (punca penceraian). Lagipun kita di bulan Ramadan sekarang ini. Saya nak menjaga silaturahim kami dan tidak mahu membuka aib sesiapa.
“Saya menghormati pihak sana (bekas suami) dan keluarga sendiri. Kami dah berbincang baik-baik untuk mengunci mulut,” katanya di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Dalam pada itu, Zulin tidak menafikan perceraian melibatkan golongan artis sering menerima tanggapan negatif daripada segelintir pihak yang mudah membuat andaian.
Katanya, masyarakat luar tidak mengetahui cabaran sebenar yang dilalui oleh pasangan dalam mengharungi kehidupan rumah tangga.

“Orang cakap senang, kenapa bercerai? Mudah saja orang label artis ini bercerai macam beli baju.
“Tapi mereka (netizen) tidak duduk dekat kaki kita. Kita pun tak kongsikan (punca cerai) kepada mereka sebab tiada keperluan pun.
“Saya selesa dengan apa yang saya buat ini (kunci mulut) selepas melihat pengalaman orang lain yang bercerita tentang kisah penceraian mereka. Saya ambil ini sebagai iktibar,” ujarnya.
Sementara itu, Zulin turut berkongsi bahawa dia kini sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu selepas berpisah, walaupun mengakui masih berdepan perasaan sedih.
“Saya kini dalam fasa pemulihan. Perlahan-lahan, saya cuba buat macam biasa. Bergelak ketawa untuk menutup rasa sedih.
“Saya tidak suka terlalu emosi. Kerja saya pula kena melawak. Biarlah kalau saya menangis di rumah saja.
“Biar orang nampak yang indah-indah saja cukuplah,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Zulin Aziz sah cerai 18 Disember lalu, berpisah secara baik -“Kami kekal berkawan…”
Sebelum ini, Zulin memaklumkan dia telah sah bercerai pada 18 Disember tahun lalu. Dia juga sudah selesai menjalani tempoh idah sebelum bersedia berkongsi perkara tersebut kepada umum.
Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022. Rumah tangga pasangan itu pernah menjadi perhatian apabila mereka dikatakan membawa haluan masing-masing selepas setahun berkahwin. Bagaimanapun, hubungan mereka dilihat kembali pulih sebelum ini.
Sumber: mStar (Ain Norman)




