
TIDAK wajib untuk membasuh tangan jika najis yang dipegang itu kering dan tangan yang memegang juga kering. Foto Canva
Soalan
Saya terjumpa najis kucing yang sudah kering di dalam rumah. Apakah benar tidak wajib untuk membasuh tangan sekiranya memegang najis yang sudah kering?
Jawapan
Menyentuh najis yang sudah kering dengan menggunakan tangan yang kering tidak mewajibkan kita untuk membasuh tangan sekiranya tiada perpindahan najis ke tangan.
Bagaimanapun, jika terdapat perpindahan najis ke tangan kita walaupun najis itu kering, maka wajib untuk membasuhnya.
Kita perlu memastikan kedua-duanya iaitu najis atau tangan yang memegangnya itu kering dan tiada perpindahan najis ke tangan kita.
Dalam hal lain, perbuatan memegang najis, sama ada kering atau basah, ia sama sekali tidak membatalkan wuduk.
Namun, sekiranya tiada keperluan untuk memegang najis, maka perbuatan sengaja memegang najis itu dihukumkan sebagai haram.


