
Polis di Toledo, Ohio mengesahkan 12 orang cedera dalam kejadian tembakan berhampiran sebuah festival di bandar itu.
NEW YORK – Polis di Toledo, Ohio mengesahkan 12 orang cedera dalam kejadian tembakan berhampiran sebuah festival di bandar itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Setakat ini, 12 orang terkena tembakan dan dua daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal,” kata Timbalan Ketua Polis Joseph Heffernan pada sidang media.
Heffernan berkata, polis percaya terdapat dua penembak yang saling berbalas tembakan.
Belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.
Terdahulu, Polis Toledo menerusi X memaklumkan bahawa mereka menerima laporan berhubung seorang individu ditembak di kawasan Delaware Avenue dan Glenwood Avenue berhampiran Festival Old West End kira-kira jam 5.37 petang.
Setibanya di lokasi, pegawai polis menemukan beberapa mangsa terkena tembakan.
Mangsa dibawa ke kemudahan perubatan berhampiran untuk menerima rawatan. – Bernama/Sputnik/RioNovosti



