JAKARTA – Bekas Menteri Pendidikan Indonesia dan pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim telah didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah mahkamah di Jakarta pada Selasa.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Nadiem, 41, berhubung kes berkaitan perolehan komputer riba Chromebook dalam satu kontrak kerajaan yang menjadi tumpuan siasatan pihak berkuasa.
Menurut laporan Reuters, beliau yang juga pengasas bersama platform e-hailing Gojek sebelum ini menafikan semua tuduhan dan mendakwa kes tersebut bermotifkan politik.
Dakwaan itu turut disokong oleh beberapa ahli akademik serta aktivis hak asasi di negara berkenaan.
Kes ini dilihat memberi kesan terhadap keyakinan pelabur terhadap Indonesia, dengan laporan menyebut nilai mata wang rupiah dan pasaran saham turut terkesan susulan kebimbangan terhadap tadbir urus dan ketidaktentuan dasar.
Nadiem sebelum ini dilantik sebagai Menteri Pendidikan Indonesia dan dikenali sebagai tokoh penting dalam sektor teknologi negara itu selepas kejayaan membangunkan Gojek, salah satu syarikat teknologi terbesar di Asia Tenggara.- Agensi



