Jangan kena ‘kencing’ lagi! Onn Hafiz ingatkan pengundi Johor, persoal janji Maszlee Malik

Jangan kena ‘kencing’ lagi! Onn Hafiz ingatkan pengundi Johor, persoal janji Maszlee Malik

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan janji politik yang menurutnya pernah ditaburkan sebelum ini tetapi gagal dilaksanakan, lapor Kosmo! Online.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap itu berkata, pengalaman pilihan raya terdahulu sepatutnya menjadi pengajaran kepada pengundi agar lebih berhati-hati dalam menilai setiap janji yang dibuat, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Foto arkib: Bernama

Beliau berkata, golongan muda perlu bijak membuat pertimbangan kerana pelbagai pendekatan digunakan bagi memenangi sokongan rakyat.

Onn Hafiz mendakwa pihak lawan sebelum ini menaburkan pelbagai janji termasuk menghapuskan Tol Simpang Renggam dan menurunkan harga minyak, namun mempersoalkan sama ada janji tersebut telah ditunaikan.

“Dulu pelbagai janji manis dibuat pihak sana (calon Pakatan Harapan, Dr. Maszlee Malik) untuk mendapatkan undi rakyat. Mereka janji nak hapuskan Tol Simpang Renggam, dah hapus ke belum, mereka janji nak turunkan minyak, dah turun ke belum?,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perjumpaan Bersama Masyarakat dan Jentera BN di Dataran Flat Cengal Taman Putri di Kulai, hari ini.

Foto: Kosmo! Online

Sementara itu, beliau turut mendakwa calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik kini beralih memainkan isu jalan berlubang dan jalan melambung di Puteri Wangsa, sedangkan jalan yang dijadikan bahan kempen itu merupakan jalan Persekutuan di

“Sekarang dia lari ke Puteri Wangsa, cari isu lain, dia main isu jalan berlubang, jalan melambung. Dia tak tahu ke jalan yang dia jadikan bahan kempen itu adalah jalan persekutuan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
“Mereka tak ada modal, jadi saya ingatkan kepada pengundi, jangan kena kencing lagi,” dakwanya.

Foto arkib: NSTP

Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor berkata, situasi ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu menunjukkan ramai pengundi, khususnya anak muda, pulang mengundi dengan harapan untuk melihat perubahan seperti yang dijanjikan.

Beliau berkata, pengalaman itu wajar dijadikan iktibar, selain berharap ibu bapa serta jentera parti terus mendekati dan memberi penerangan kepada golongan muda supaya tidak mudah dipengaruhi janji-janji politik menjelang PRN Johor.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Sharkawi Londing)

Scroll to Top