Perkongsian pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa mengenai sebuah papan pemotong dapur mencuri perhatian netizen kerana reka bentuknya yang begitu unik.

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di Threads itu, ramai memuji rekaan papan pemotong berkenaan yang dilihat moden, praktikal dan memudahkan urusan penyediaan makanan di dapur.
Bagaimanapun, keterujaan netizen bertukar sebaliknya selepas mengetahui harganya mencecah RM2,831 bagi pilihan material walnut seperti dipaparkan dalam tangkap layar yang dikongsikan salah seorang peminat.
“Sebab Neelofa share terus berkenan.. Dah tengok harga, ok takpe lah bukan hari-hari masak pun 😂😝,” tulis salah seorang pengguna Threads.

Hantaran itu turut mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang mengakui papan pemotong tersebut sememangnya cantik dan memudahkan kerja di dapur, namun harganya dianggap terlalu tinggi untuk kegunaan harian.
Kita mampu tengok je

Tengok harga terus matikan niat

Kalau kita terus potong masuk kuali

Artikel lain: Rakan dedah Noor Nabila guna ubat nyamuk premium – “Harga T20, sekotak cecah RM239”
Sebelum ini, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila juga pernah mencuri perhatian warganet apabila menggunakan ubat nyamuk premium bernilai kira-kira RM239 sekotak.
Difahamkan, produk berjenama Diptyque Paris tersebut mengandungi enam keping ubat nyamuk dalam setiap kotak dan harga bagi sekotak ubat nyamuk itu dikatakan bernilai ratusan ringgit.
Sumber: Threads miyamiyaaa9




