puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Isteri skepada Allahyarham Gmie Screen, Siti Royani Gumari menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, di sini, pada jam 5 petang tadi.
Berita duka itu dikongsi oleh bekas pengurus Allahyarham Gmie Screen, Fuad kepada Harian Metro menerusi mesej ringkas di WhatsApp.
“Di maklumkan bahawa isteri kepada arwah Gmie Screen telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 petang tadi di HTAR Klang yang disahkan oleh anak lelakinya,” tulisnya.
Fuad turut berkongsi, Allahyarham menghidap kencing manis yang serius sejak sekian lama.
“Arwah ada sakit kencing manis yang berpanjangan. Arwah dah lama menghidap kencing manis yang serius,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, anak perempuan Allahyarham, Siti Hadirah turut berkongsi berita duka itu di Instagramnya, petang tadi.
“Pergilah dengan tenang, Mama. #290gos2026. Allahuakbar Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Telah kembali ke rahmatullah insan yang paling kami sayangi, Siti Royani Gumari,” tulisnya.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun dan meninggalkan lima anak serta seorang cucu.
Sebelum ini, Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun di hospital yang sama, HTAR, Klang akibat penyakit buah pinggang pada 10 Disember 2021.
© New Straits Times Press (M) Bhd
