Kali terakhir dilihat di Genting Highlands sebelum dilapor hilang

harisfadli@hmetro.com.my

​Kajang: Pihak polis memohon bantuan awam bagi mengesan Lee Chee Hau, 23, yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sekitar Genting Highlands, Pahang Rabu lalu.

​Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan orang hilang (OH) berkenaan pada 11.32 malam kelmarin.

​”OH berketinggian dianggarkan 175 sentimeter (cm) ke 180 cm, bertubuh kurus dengan berat kira-kira 70 kilogram (kg), berambut lurus dan pendek serta berkulit cerah.

​”Pihak polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan OH untuk tampil ke balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan OH terbabit juga boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerusi talian 03-8911 4222 atau kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Nor Azliza Abdullah di 019-253 7319.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top