“Ada Yang Sebelum Tidur Berpeluk, Esok Pagi Cerai” – Iqram Dinzly Takut Nak Kahwin

“Ada Yang Sebelum Tidur Berpeluk, Esok Pagi Cerai” – Iqram Dinzly Takut Nak Kahwin

Pelakon Iqram Dinzly berkata dia mengakui ada perasaan takut untuk mendirikan rumah tangga.

Menerusi satu podcast, Iqram berkata rasa trauma itu timbul selepas melihat sendiri konflik rumah tangga melbatkan orang sekeliling.

BACA: Ramai Sangat Orang ‘Gila’, Iqram Dinzly Kembali Normal

Kata Iqram lagi, ada rumah tangga dilihat bahagia namun tiada angin tiada ribut pasangan tersebut bercerai.

“Ada juga perasaan takut untuk berkahwin sebab saya berpeluang melihat rahsia di sebalik sesebuah perkahwinan itu.

“Contohnya saya pernah melihat keburukan di sebalik kemanisan rumah tangga yang berlaku dalam kalangan sahabat serta saudara-mara saya.

“Ada juga yang sebelum tidur berpeluk dan bercium tapi keesokan paginya bercerai. Jadi perkara itu membuatkan saya seakan trauma,” katanya.

Sementara itu, Iqram turut melihat kebanyakan para suami zaman sekarang takut dengan isteri serta mengatatakan dia tidak mahu isteri yang mengawal.

“Selain itu saya lihat kebanyakan suami seakan lebih lemah berbanding perempuan, tak tahu kenapa. Saya juga tak faham kepada lelaki yang takut dengan isteri. Bila nampak itu, saya fikir balik yang takkanlah bila kahwin kita yang suami kena tunduk dengan isteri.

“Saya tak suka perkara itu dan bagi saya tak ada istilah kawal, ia lebih kepada sama-sama bekerjasama. Jadi sekiranya kahwin saya tak nak ada isteri yang ‘controller’” katanya.


Scroll to Top