London: Xabi Alonso menggesa Chelsea membentuk semula keinginan kuat untuk meraih kemenangan pada sidang media pertamanya sebagai pengurus The Blues di Stamford Bridge, hari ini.
Alonso, 44, turut berkongsi pandangannya mengenai Piala Dunia yang sedang berlangsung serta kenangannya ketika membantu Sepanyol menjulang Piala Dunia 2010.
Bekas pengurus Real Madrid itu mengelak daripada membincangkan sasaran khusus Chelsea pada musim pertamanya mengendalikan kelab London itu, namun mengakui kelayakan ke pertandingan Eropah adalah antara matlamat utama.
“Sudah tentu itu satu daripada sasaran,” katanya.
“Tetapi untuk mencapai sasaran itu, anda perlu melakukan banyak perkara dengan betul dan menjadi sebahagian daripada proses itu. Bagaimana kami mahu bermain? Bagaimana kami mahu melihat diri kami? Bagaimana kami mahu mendekati sesuatu perlawanan di mana sahaja kami beraksi?
“Itulah tugas saya. Sebab itulah saya begitu teruja untuk memiliki skuad lengkap.
“Ketika ini kami masih mempunyai beberapa tawaran, tetapi semuanya masih di peringkat awal.
“Namun sudah tentu kami mahu berada di sana dan masa akan menentukannya.
“Tetapi kami bercita-cita tinggi dan di Chelsea kami perlu berkongsi tenaga itu, cita-cita itu, serta kelaparan untuk meraih kejayaan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




