am@hmetro.com.my
Sungai Buloh: Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah di Felda Bukit Cherakah, di sini, sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Muhammad Amirul Iman Juzaimi, 14, daripada abangnya jam 5.17 petang, semalam.
“Remaja itu berketinggian 155 sentimeter (cm) dengan berat 70 kilogram (kg) dan berkulit coklat gelap serta berkepala botak.
“Kali terakhir sebelum dilaporkan hilang remaja itu memakai baju jersi berwarna gelap dan berseluar panjang warna hitam dengan lokasi terakhirnya di Jalan 11 Felda Bukit Cherakah, di sini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat membabitkan remaja lelaki itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Sarjan Norsamsila Daud di talian 017-8701889.
© New Straits Times Press (M) Bhd




