Araujo penyelamat maruah Uruguay

Araujo penyelamat maruah Uruguay

Miami: Arab Saudi terlepas peluang meraih kemenangan dalam aksi pembukaan Kumpulan H Piala Dunia 2026 apabila Uruguay bangkit mengikat kedudukan 1-1 sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan untuk memperoleh jaringan dalam perlawanan yang berlangsung sengit itu.

Uruguay lebih menguasai permainan pada babak pertama, namun Arab Saudi yang terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-41 menerusi Abdulelah Al Amri.

Gol itu berpunca daripada kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera, yang gagal menangkap kemas bola daripada situasi sepakan percuma sebelum Al Amri pantas menyambar bola muntah untuk menewaskan penjaga gol veteran itu.

Uruguay meningkatkan tekanan pada separuh masa kedua dan hampir keseluruhan permainan berlangsung di kawasan lawan ketika mereka memburu gol penyamaan.

Usaha pasukan bimbingan Marcelo Bielsa akhirnya berhasil apabila penjaga gol Arab Saudi, Mohammed Al Owais, turut melakukan kesilapan yang membuka ruang kepada Maximiliano Araujo untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80.

Keputusan seri itu menjadikan kedudukan Kumpulan H semakin terbuka selepas satu lagi perlawanan menyaksikan Sepanyol dan Cape Verde terikat tanpa jaringan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top