Kemesraan dan keakraban pelakon, Fattah Amin bersama ahli keluarga penyanyi, Amira Othman sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas tular sebuah video.
Video di platform TikTok dimuat naik oleh adik Amira iaitu Irfan Haris itu memaparkan Fattah membuat trend velocity bersama adik-beradik penyanyi itu.
Bukan sahaja tampil berpakaian sedondon berona kelabu bersama adik-beradik lelaki Amira, malah Fattah turut tidak melepaskan pandangannya terhadap pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu.
Malah, aktor drama rantaian Keluarga Itu juga turut memberikan ‘mini love’ kepada Amira sambil tersenyum manis.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengusik Fattah yang dipercayai sanggup ke Johor Bahru bagi menyambut lebaran bersama Amira sekeluarga.
Netizen turut mengusik Fattah yang dilihat begitu gembira dan seperti ‘angau’ disamping Amira.
@xtra_my Abg long kamera dekat depan tau bukan dekat tepi😌😂 #xtra #fyp #fattahamin #amirarosli #abglong #kaklong #velocity #trend #beritaditiktok #sembangentertainent
Sebelum ini, Fattah mengakui ahli keluarganya menyukai dan merestui hubungannya bersama Amira.
Artikel Berkaitan: Keluarga Fattah Amin Terima Baik Kehadiran Amira Othman – “Mereka Restu & Sukakan Dia”




