LATEST
Social Media

Baru sekarang nak bising? YB Helmy pertahan pelantikan Timbalan Exco Melaka

Baru sekarang nak bising? YB Helmy pertahan pelantikan Timbalan Exco Melaka

Tindakan sesetengah pihak mempertikaikan pelantikan Timbalan Exco Melaka selepas tidak lagi memegang jawatan dalam pentadbiran negeri disifatkan sebagai sesuatu yang pelik.

Kenapa tak dibangkitkan ketika pihak terbabit pegang jawatan

Menerusi kenyataan di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menyatakan, kritikan terhadap pelantikan berkenaan tidak menjadi masalah, namun beliau mempersoalkan mengapa perkara itu tidak pernah dibangkitkan ketika pihak terbabit masih memegang jawatan.

Baca juga: PM Anwar galas sementara tugas Menteri Pengangkutan, status Anthony Loke masih bercuti!

“Tak pelik pun kalau nak kritik pelantikan Timbalan Exco, (namun) peliknya, ketika orang (pihak) kamu pegang jawatan itu, tak ada bunyi, tetapi apabila sudah tidak memegangnya, baru bunyi berlagu-lagu,” katanya.

Beliau mengulas pandangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka yang mempersoalkan jumlah anggota Exco serta Timbalan Exco yang disifatkan terlalu ramai bagi sebuah negeri kecil seperti Melaka.

Pihak terbabit turut membangkitkan persoalan mengenai keperluan mewujudkan terlalu banyak jawatan dalam pentadbiran negeri susulan pembentukan barisan kepimpinan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pendekatan KM Melaka perkukuh pentadbiran

Mengulas lanjut, Mohd Noor Helmy berkata, pelantikan Timbalan Exco merupakan pendekatan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri dan mengoptimumkan peranan wakil rakyat.

“Kamu tahu tak kalau jawatan Timbalan Exco ini tiada, wakil-wakil rakyat ini banyak masa lapang?
“Persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri) tiga bulan sekali (kemudian) apa boleh dibuat? Merayau dalam kawasan, menziarahi penduduk dan melayan aduan sahajalah,” jelas beliau.

Menurutnya, kewujudan jawatan berkenaan turut membolehkan lebih ramai wakil rakyat terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran, selain menyediakan tenaga tambahan untuk membantu Exco menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Ada tenaga tambahan dalam sistem pentadbiran dan ada wakil kalau Exco terlalu sibuk dengan tugas.
“Saya sokong? Memanglah sebab saya pun Timbalan Exco,” katanya yang memegang jawatan Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Pelaburan dan Industri (Tugas-tugas Khas).

Sumber: Facebook Mohd Noor Helmy

 

More in Social Media

View all

Latest news