Bekas Isteri Minta Shuk Sahar Bayar Yuran Taska Anak

Bekas Isteri Minta Shuk Sahar Bayar Yuran Taska Anak

Bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meminta bekas suaminya itu untuk membayar pendaftaran tahunan taska anak mereka berjumlah RM1,540.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fara berkata dia bimbang sekiranya lambat membuat bayaran taska berkenaan akan penuh dan yuran yang dikenakan antara yang berpatutan.

BACA: Netizen Sedih Tengok Fara Salleh Live Jual Sticker

Sementara itu, Fara berkata dia hanya meminta untuk membayarkan yuran taska anak kerana jika tidak berbuat demikian bagaimana dia mahu keluar bekerja.

Tambah Fara lagi, selama ini baju dan makan minum anak mereka dia yang keluarkan duit, malah mendakwa jika anak sakit bekas suaminya tidak pernah memberikan satu sen.

Dalam hantaran tersebut, Fara turut meminta untuk sampaikan perkara itu kepada Shuk serta berharap bekas suaminya selesaikan yuran tahunan taska anak mereka. 


Scroll to Top