Pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik luahan panjang mengenai isu hak anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Abby berkata dia ada sebab untuk bersuara dan hantara tersebut bukan ditujukan kepada anak-anak tetapi pada yang sepatutnya menjaga anak-anak.
BACA: “Tak Gaduh Pun, Saya Tuju Haritu Untuk Mereka..Bukan Marissa” – Abby Abadi
Sementara itu, Abby berkata dia berusaha melakukan yang terbaik demi anak-anaknya dan mendakwa sudah menggunakan saluran yang betul untuk menuntut nafkah namun tidak berhasil.
“Saya kongsi sebab untuk anak-anak dapat hak mereka. Tak payah cakap guna saluran yang betullah WhatsApp la, bincang terus lah.


Kalau boleh laluan lain, takkan saya disini, takkanlah setelah 23 tahun baru dapat hantaran.. Habis mengalah dah Abby Abadi ni,” tulisnya.
Dalam pada itu, Abby turut meluahkan rasa ralat apabila kecoh hal mengenai anak mereka bekas suami didakwa bersikap lepas tangan.

“Paling ralat dan buat rasa kecil hati, waktu kecoh kes anak ini, dia seakan lepas tangan. Berulang kali saya cakap, buat itu buat ini. Awakkan bapak. Dia kata jganlah nanti anak jauh.
“Paling sakit bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya. Beg diletakkan di luar suruh pergi tempat lain. Tak kasi duduk situ. dh la tak kasi menumpang disitu, diburukkan lagi pada pihak sana. Siapa punya kerja? Tekalah,” katanya.




