LATEST

Calon SPM cedera terjatuh dari tingkat 2 bangunan sekolah

Calon SPM cedera terjatuh dari tingkat 2 bangunan sekolah

am@hmetro.com.my

Baca juga: Tiga sekeluarga maut, MPV terbabas rempuh palang

Batu Pahat: Polis mengesahkan seorang pelajar sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah sekolah menengah dalam daerah ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah hari.

Menurut Shahrulanuar, mangsa merupakan pelajar lelaki tingkatan lima yang berusia 17 tahun.

“Kejadian berlaku ketika peperiksaan sedang berjalan. Mangsa dilaporkan terjatuh dari tingkat dua dan disedari pihak sekolah.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di kaki dan mulut serta menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),” katanya ketika dihubungi.

Shahrulanuar berkata, bagaimanapun sehingga kinj polis belum menerima sebarang laporan daripada mangsa atau ahli keluarganya.

“Polis masih dalam siasatan berhubung kejadia ini tetapi buat masa ini tiada sebarang unsur jenayah.

“Pada masa sama kejadian ini tidak membabitkan mana-mana pihak dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news