LATEST

MATTA gesa kerajaan lanjut pengecualian visa 30 hari untuk warga India

MATTA gesa kerajaan lanjut pengecualian visa 30 hari untuk warga India

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan melanjutkan pengecualian visa selama 30 hari untuk warga India yang tamat pada 31 Disember bagi melindungi sektor pelancongan, hubungan udara dan ekonomi negara.Presiden MATA, Nigel Wong berkata, pasaran India menyumbang kira-kira RM14.8 bilion kepada penerimaan pelancongan negara pada tahun 2025 sahaja.”India merupakan antara pasaran sumber pelancong paling penting bagi Malaysia. Membiarkan pengecualian itu tamat sekarang berisiko memperlahankan kemajuan Malaysia dalam menarik pelawat dari India.”Impaknya akan dirasai oleh ekonomi lebih luas, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pekerja bebas serta golongan lain yang bergantung kepada perbelanjaan pelawat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ketibaan pelawat dari India meningkat daripada 773,221 pada 2023 kepada kira-kira 1.4 juta pada 2024 dan 1.6 juta pada 2025 susulan pelaksanaan pengecualian visa pada Disember 2023.Menurut Nigel, penamatan pengecualian visa boleh melemahkan permintaan perjalanan disebabkan keperluan memohon visa, sekali gus menyukarkan syarikat penerbangan mengekalkan perkhidmatan mereka.Tambah beliau, kemudahan kemasukan juga penting untuk menarik pelawat yang menghadiri acara perniagaan dan majlis perkahwinan di negara ini.”Keluarga, kumpulan pelancongan dan penganjur acara mempertimbangkan pilihan penerbangan, kos serta syarat kemasukan ketika memilih destinasi.”Melanjutkan pengecualian itu akan membantu Malaysia kekal berdaya saing ketika mereka membuat keputusan,” ujarnya.MATTA mengakui keselamatan negara dan integriti sempadan merupakan keutamaan kerajaan, malah mencadangkan pendekatan seimbang dengan melanjutkan pengecualian berkenaan melalui pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan berasaskan risiko yang dipertingkatkan.Pendekatan itu turut melibatkan semakan berkala terhadap jumlah ketibaan pelawat, rekod pematuhan dan penilaian risiko, selain pihaknya akan terus bekerjasama dengan kerajaan bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan sambil menghormati keutamaan keselamatan negara serta imigresen.

Latest news