sukan@hmetro.com.my
Baca juga: ‘UMNO sakau bersama Pas, suci dengan Amanah?’ – Ahmad Fadhli
Kuala Lumpur: Atlet muda negara, Nur Aliya Najihah Muda meletakkan sasaran untuk memperbaiki catatan peribadi dalam acara 400 meter (m) kepada bawah 55 saat (s) apabila membuat penampilan pertama pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 nanti.
Bagi Aliya, ketika ini dirinya berada pada tahap terbaik dan akan memastikan momentum yang dibina sebelum ini dapat diteruskan untuk berada di kedudukan podium sekali gus menutup kalendar 2026 dengan lebih baik.
“Sasaran saya pada AUG kali ini adalah untuk memperbaiki catatan masa dalam acara 400m, iaitu daripada 56.76s kepada 55s ke bawah.
“Saya akan meneruskan momentum cemerlang di Kejohanan Olahraga Asia Tenggara B-18 dan B-20 2026 di Thailand serta memperbaiki masa 400m untuk mendapatkan catatan terbaik,” katanya ketika dihubungi.
Untuk rekod, penuntut Kolej Universiti TATI (UC TATI) itu berjaya meraih beberapa pencapaian terbaik tahun ini, antaranya pingat emas 4x400m di SUKMA 2026, perak (400m dan 4x100m) serta gangsa (200m).
Malah, pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2026, pelari kelahiran Terengganu itu turut cemerlang meraih emas (4x400m), perak (400m) dan gangsa (200m).
Pada Kejohanan Olahraga Asia Tenggara B-18 dan B-20 di Thailand, awal November lalu, Aliya turut membantu Malaysia memenangi pingat perak dalam acara 4x200m berganti-ganti campuran.
© New Straits Times Press (M) Bhd