sukan@hmetro.com.my
Baca juga: Bursa Malaysia jatuh diasak tekanan jualan berterusan saham wajaran tinggi
Kuala Lumpur: Kejayaan dua beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Pearly Tan-M Thinaah menjuarai Terbuka Hong Kong membuktikan badminton Malaysia terus mempunyai kemampuan untuk bersaing dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang juga legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian kedua-dua pasangan itu menerusi ucapan tahniah yang dikongsikan di Instagram.
Beliau turut memberikan penghargaan kepada barisan jurulatih serta pasukan sokongan yang menjadi tulang belakang kejayaan berkenaan.
“Semoga kemenangan manis ini menjadi pembakar semangat dan titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan buat badminton negara.
“Teruskan perjuangan, terus harumkan nama Malaysia! Malaysia Boleh!” katanya.
Chong Wei turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Wei Chong-Kai Wun serta Pearly-Thinaah atas kejayaan masing-masing di kejohanan berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd