LATEST

[VIDEO] ‘Tak manis datang sendiri’ – Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan

[VIDEO] ‘Tak manis datang sendiri’ – Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.Hasan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.Menurutnya, meskipun tidak semua amalan yang dilakukan AS itu baik, namun tindakan menjemput bekas pemimpin dalam acara negara boleh diikuti.”Saya mencadangkan untuk Sambutan Hari Kebangsaan tahun-tahun akan datang jemputlah secara rasmi bebas-bekas Perdana Menteri yang lalu. Perdana Menteri keenam, ketujuh..yang masih hidup.”Kalau ada bekas Perdana Menteri dalam tahanan rumah sekali pun tidak ada masalah jemput sekali. Minta kebenaran Kementerian Dalam Negeri (KDN).”Rasanya tidak manis kalau ada bekas Perdana Menteri yang datang ke Sambutan Hari Kebangsaan seorang diri. Membazir sahaja kerajaan belanja RM25 juta jika tidak diurus dengan baik,” katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan peruntukan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Komunikasi peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.Sebelum ini, tular beberapa gambar dan video memaparkan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Dataran Putrajaya bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Putrajaya Ogos lalu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.Susulan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah tampil menjelaskan bahawa tiada amalan menjemput bekas Perdana Menteri secara automatik ke Sambutan Hari Kebangsaan sejak 2018.Sementara itu, Hassan dalam masa sama turut menegaskan, cadangan yang dikemukakan itu bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak.”Mungkin tidak salah pihak penganjur, pihak kerajaan tapi perkara ini tentu boleh diselesaikan dengan baik,” katanya.

Latest news