MADRID – Pasukan penyelamat terus bertungkus-lumus mengawal kebakaran hutan terbesar di Sepanyol pada Selasa ketika dua anggota bomba maut dalam kebakaran di barat daya Perancis di tengah-tengah gelombang haba ekstrem yang melanda Eropah.
Kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu selepas seorang anggota bomba maut ketika cuba menghalang api daripada terus marak di wilayah Savoie.
Di wilayah Guadalajara, kebakaran hutan semakin merebak selama enam hari berturut-turut hingga memaksa lebih 1,200 penduduk dipindahkan.
Pasukan kecemasan berusaha mengawal api selepas suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius. Ia berlaku kurang dua minggu selepas kebakaran hutan paling dahsyat meragut 13 nyawa berhampiran Bedar, wilayah Almeria.
Di Britain, syarikat bekalan air, Thames Water memaklumkan akan mengenakan sekatan terhadap 10 juta pelanggan di London termasuk larangan penggunaan hos penyiram, alat penyembur air dan mesin pencuci tekanan tinggi bagi menjimatkan bekalan.
Langkah itu dibuat selepas England hanya menerima tiga peratus daripada purata hujan jangka panjang bagi bulan Julai manakala kawasan selatan dan timur negara itu berdepan tempoh kering paling lama sejak 1990-an.
Di tenggara Eropah, pihak berkuasa Greece menasihatkan penduduk supaya kekal berada di rumah ketika negara itu berdepan gelombang haba pertama musim panas dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius.
Di Serbia pula, paras air Sungai Danube berada di tahap terendah pernah direkodkan sejak 1946.
Pihak berkuasa di seluruh wilayah Balkan Barat turut memberi amaran mengenai perubahan cuaca mendadak daripada gelombang haba kepada ancaman hujan batu.
Ia diramalkan akan turut melanda Slovenia di utara, merentasi Bosnia dan Herzegovina, selatan Serbia hingga ke Macedonia Utara.
Rantau Eropah berdepan tiga gelombang haba berturut-turut Ia diramalkan akan turut melanda Slovenia di utara, merentasi Bosnia dan Herzegovina, selatan Serbia hingga ke Macedonia Utara.
Rantau Eropah berdepan tiga gelombang haba berturut-turut tahun ini dengan cuaca panas melampau dikaitkan dengan ribuan kematian sejak Mei lalu. – Agensi



