Dah banyak kali mohon status warisan! Sami Buddha Tambun minta PM Anwar selamatkan biara 100 tahun

Dah banyak kali mohon status warisan! Sami Buddha Tambun minta PM Anwar selamatkan biara 100 tahun

Kumpulan sami Buddha dari Biara Gua Sakyamuni, Gunung Kanthan, Tambun, Perak, memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi menyelamatkan rumah ibadat berusia kira-kira 100 tahun itu daripada perobohan.

Memetik Malaysiakini, sami biara berkenaan turut menggesa kerajaan Persekutuan mengisytiharkan biara serta kawasan bukit di sekitarnya sebagai tapak warisan negara bagi memastikan ia terus dipelihara.

Peguam kumpulan berkenaan, N Surendran berkata, Anwar mempunyai kuasa untuk menyelesaikan isu itu memandangkan beliau bukan sahaja Ahli Parlimen Tambun, malah Perdana Menteri.

“Dia (Anwar) boleh saja menyelesaikan isu ini dengan segores pena kerana dia bukan sekadar ahli parlimen Tambun tetapi dia juga perdana menteri.
“Dia mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan bahawa biara serta kawasan lereng bukit ini adalah tapak warisan negara,” katanya, hari ini.
Dah banyak kali mohon status warisan! Sami Buddha Tambun minta PM Anwar selamatkan biara 100 tahun

Kredit Foto: Aina Fatihah Abdullah | Malaysiakini

Sementara itu, Ketua Sami Biara Gua Sakyamuni, Bhante Kusala berkata, permohonan bagi mendapatkan status warisan berkenaan sudah dibuat beberapa kali sebelum ini, namun masih belum mendapat kelulusan.

Biara berusia kira-kira seabad itu dibina di dalam gua batu kapur Gunung Kanthan, yang merupakan sebahagian daripada Geopark Kebangsaan Lembah Kinta di utara Ipoh.

Biara berkenaan sejak beberapa tahun lalu menjadi pusat pertikaian susulan aktiviti kuari di kawasan terbabit.

Artikel lain: Vida nafi berpakaian sami, pergi ke kuil demi konten – “Tak masuk akal”

Pada September 2023, pengeluar simen Associated Pan Malaysia Cement dilaporkan memenangi rayuan di mahkamah untuk mengusir biara itu dari tanah berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan warisan dan pemuliharaan menentang pemindahan biara berkenaan dengan menegaskan kepentingan budaya rumah ibadat itu selain ekosistem unik Gunung Kanthan.

Kawasan tersebut turut menjadi habitat kepada beberapa spesies tumbuhan endemik dan terancam secara kritikal.

Sumber: Malaysiakini

Scroll to Top