Didakwa Popular Kerana DSV, Cik B Jawab “Kenapa Kena Kalau-Kalau, Boleh Tukar Mak Ke?” 

Didakwa Popular Kerana DSV, Cik B Jawab “Kenapa Kena Kalau-Kalau, Boleh Tukar Mak Ke?” 

Pempengaruh media sosial, Cik B membalas komen netizen yang menyindirnya dengan mendakwa dirinya tidak akan dikenali jika bukan anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida.

Menerusi perkongsian di Threads, Cik B tampil menjawab perkara itu tidak sepatutnya timbul kerana dia sememangnya anak kepada Vida.

BACA: “Datuk Fazley Tolonglah, Saya Okay Datuk Kahwin Dengan Mama” – Cik B

“Kalau lah Cik B bukan anak dato seri Vida siapa nak pandang?” tulis netizen.

“Tapi hakikatnya Cik B memang anak mama yang hebat kenapa kena ‘kalau2’ boleh tukar mak ke,” tulisnya.

Hantaran Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan gadis berusia 21 tahun itu mempunyai aura tersendiri serta meminta mengabaikan komen negatif tersebut.


Scroll to Top