Pelakon Nur Fazura meluahkan rasa syukur dikelilingi individu yang sentiasa memberikan sokongan serta sumber kekuatan dalam hidupnya.
Menerusi perkongsian di Threads, Fazura berkata kehadiran individu yang positif membuat dirinya rasa lebih dihargai ketika berdepan fasa sukar.
BACA: “Que Punya Tenung Dekat Fazura, Kita Yang Dekat Sini ‘Blushing’ Sekali”

“Syukur Alhamdulillah dan ucapan terima kasih buat kalian dan semua di sekeliling Faz yang sentiasa sudi hadir menjadi sistem sokongan yang positif dan matang.
“Di kala hati merasa cukup penat dan tertanya sekadar berapa panjang saja lagi sisa hidup ini, terima kasih kerana sudah memeluk Faz dengan erat dan penuh kasih sayang,” tulisnya.
Sementara itu, Fazura berkata ada perkara yang sukar untuk dia luahkan namun Allah lebih tahu apa yang tersirat di hatinya.
“Banyak yang mungkin tak dapat diungkapkan, tapi cukuplah Allah SWT yang mengetahui isi hati, apa yang tersirat lagi tersurat.
Dan penawarnya hanya Allah SWT jua. Doakan saya,” katanya.




