Dua anggota polis mati dibunuh di Gemas

Dua anggota polis mati dibunuh di Gemas

Pada 6 Mei 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dua orang anggota polis, Sarjan Abdul Jalil Mahadi, 40 tahun dan Koperal Abdul Latiff Ibrahim, 42, ditemui mati ditembak di pinggir hutan, Kampung Baru Tiong, Gemas, Negeri Sembilan.

Mayat kedua-dua anggota berkenaan yang berlumuran darah, ditemui terbaring bersebelahan antara mereka berhampiran kubur Cina. Kedua- dua anggota polis berkenaan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gemas.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 Mei 1977 – Dua orang pemuda, Khong Teng Khen, 23 dan Ong Siang Hwa, 21 tahun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kerana memiliki sepucuk pistol jenis King Cobra 22 bersama lima butir peluru.
  • 6 Mei 1978 – Syarikat Talasco Insurans menyampaikan cek berjumlah RM117,950 kepada waris dua orang penumpang pesawat malang yang terkorban dalam nahas MAS di Tanjung Kupang pada 4 Disember tahun lalu.
  • 6 Mei 1979 – Sebuah Jet Tebuan milik TUDM dilaporkan meletup sebanyak dua kali di udara sebelum jatuh terhempas di ladang kelapa sawit Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Scroll to Top