Belum pun keluarga benar-benar pulih daripada detik cemas kehilangan Jaslinda Slaudin selama 14 hari di Gunung Batu Putih, mereka kini terpaksa berdepan pula dengan komen dan gurauan melampau di media sosial.
BACA: Jaslinda Cerita Pengalaman 14 Hari Hilang Di Gunung Batu Putih
Suaminya, Haszman Othman berkata, dia dan keluarga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pengguna media sosial yang didakwa keterlaluan sehingga memfitnah isterinya.
Maruah keluarga jadi bahan gurauan
Menurut Haszman, ada pihak yang mengaitkan kehilangan Jaslinda dengan ahlong. Lebih mengecewakan, ada juga yang mendakwa Tok Batin dan komuniti Orang Asli menyimpan isterinya selama seminggu.
Ia gurauan melampau yang tak jaga perasaan saya selaku suami, maka saya kena bagi pengajaran agar perkataan macam itu memakan diri walaupun dia macam gelak-gelak bergurau hendak tarik ‘view’. Umpama maruah saya dia permainkan sebab kononnya (Jaslinda) disorok selama seminggu. Saya difahamkan komuniti Orang Asli pun sudah membuat laporan terhadap akaun media sosial itu sebab secara tidak langsung sudah memperkecilkan masyarakat itu.
Haszman berkata, gurauan seperti itu bukan sahaja mengguris perasaannya sebagai suami, malah turut memperlekehkan komuniti Orang Asli.
Dalam masa sama, dia mahu tindakan yang bakal diambil menjadi pengajaran supaya orang ramai tidak terlalu mudah menjadikan kes sensitif sebagai bahan kandungan demi tontonan.
Jaslinda dibenarkan pulang ke rumah
Dalam perkembangan lain, Haszman berkata isterinya dijangka pulang ke rumah pada petang ini selepas menjalani pemeriksaan doktor serta pakar.

Walaupun keadaan fizikal Jaslinda dilihat baik, dia berpendapat mental isterinya masih belum benar-benar stabil selepas melalui pengalaman sukar itu.
Segi fizikal dia kita nampak dia okay namun bagi saya mental dia belum cukup kuat. Umpamanya semalam dia mengatakan dia sudah serik dan mahu berhenti dari aktiviti mendaki gunung namun hari ini dia mengatakan mahu teruskan lagi.
Haszman turut berkongsi bahawa sepanjang 14 hari dilaporkan hilang, Jaslinda tetap menjaga solat lima waktu. Dia percaya, apa yang terjadi adalah dengan pertolongan Allah SWT.
Pssttt! Media sosial bukan tempat untuk menjadikan kes kehilangan seseorang sebagai bahan gurauan. Ketika keluarga sedang melalui saat sukar, sedikit empati dan rasa tanggungjawab jauh lebih bernilai daripada mengejar tontonan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




