PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli mencipta sejarah apabila menjuarai perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Republik Czech Moto3 di Litar Brno sebentar tadi.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menampilkan tunggangan konsisten dan bertenaga sepanjang perlumbaan sebelum menamatkan saingan di tempat pertama, sekali gus menewaskan seluruh pencabar untuk meraih kemenangan bergaya.
Baca juga: Safawi terpaksa tinggalkan skuad Harimau Malaya
Lebih manis, Hakim Danish memulakan perlumbaan di grid ke-14 selepas dikenakan hukuman penalti.
Kali terakhir pelumba negara meraih podium pertama di Moto3 adalah 10 tahun lalu menerusi Khairul Idham Pawi di GP Jerman.