Tablet kini bukan lagi sekadar peranti untuk menonton rancangan kegemaran, sebaliknya semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengikuti kelas, bekerja dan menghasilkan kandungan kreatif.
Perkembangan itu turut didorong peningkatan kos perkakasan storan tahun ini yang menyaksikan harga komputer riba meningkat, sekali gus menyebabkan semakin ramai pelajar beralih kepada tablet sebagai alternatif kepada komputer untuk mengikuti kelas.
Menurut data terkini International Data Corporation (IDC), HONOR terus menerajui pasaran tablet Android Malaysia dengan syer pasaran sebanyak 32 peratus.
Angka itu bermakna bagi setiap tiga tablet Android yang dibeli rakyat Malaysia, satu daripadanya ialah tablet HONOR.
Lebih menarik, pencapaian berkenaan direkodkan secara berterusan sejak suku kedua 2024 sehingga suku kedua 2026, sekali gus menjadikan HONOR kekal di kedudukan teratas selama 27 bulan berturut-turut dan kekal sebagai raja tablet Malaysia.
Pencapaian itu didorong pengiktirafan pasaran yang kukuh terhadap keseluruhan portfolio tablet HONOR, daripada model peringkat asas hingga mercu.
Antara yang paling menonjol ialah tablet mercu HONOR MagicPad 4 yang menawarkan pengalaman dwi-sistem operasi PC AI dan tablet 2-dalam-1.
Jualan model berkenaan direkodkan lebih dua kali ganda berbanding model terdahulu, sekali gus menjadikannya tablet mercu HONOR paling laris setakat ini.
Dalam perkembangan sama, tablet kini dilihat semakin penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan penggunaannya merangkumi pelbagai keperluan.
Bagi pelajar, tablet digunakan untuk mengikuti kelas dalam talian dan membuat nota, manakala golongan profesional memanfaatkannya sebagai peranti produktiviti.
Keluarga pula menggunakan tablet untuk tujuan hiburan, sementara golongan kreatif memanfaatkannya bagi meluaskan ruang kreativiti.
Memahami keperluan pengguna yang semakin pelbagai itu, HONOR menggabungkan prestasi berkuasa, jangka hayat bateri panjang, produktiviti bertaraf PC, ciri kecerdasan buatan (AI) dan pengalaman multimedia premium dalam barisan tabletnya, selain menawarkannya pada harga yang kompetitif.
Bukan itu sahaja, HONOR turut berusaha meruntuhkan batasan antara peranti menerusi ketersambungan lancar merentas telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai.
Pengalaman bersepadu itu kini diperluaskan kepada Mac dan iPhone, membolehkan pengguna menikmati pengalaman yang lebih lancar tanpa perlu terikat kepada satu ekosistem sahaja.
Siri HONOR Pad 20 bakal tiba di Malaysia
Selepas kejayaan HONOR Pad 10, Siri HONOR Pad 20 baharu pula bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.
Generasi terbaharu itu membawa peningkatan ketara dari segi kualiti paparan, ciri produktiviti AI, prestasi, kapasiti bateri dan sistem audio.

Ia hadir dengan matlamat untuk membantu pengguna menyiapkan lebih banyak tugasan dengan lebih cekap, pada masa sama menikmati pengalaman hiburan sepenuhnya di mana-mana sahaja.
Dalam perkembangan trend penggunaan peranti, semakin ramai pengguna tidak lagi mahu membayar harga komputer riba yang mempunyai keupayaan terhad, khususnya pelajar universiti, golongan muda profesional dan mereka yang mempunyai keperluan produktiviti lebih ringan.
Keadaan itu menjadikan tablet semakin dilihat sebagai alternatif sebenar kepada komputer riba.
Dengan dilengkapi PC Mode serta pelbagai ciri produktiviti, Siri HONOR Pad 20 disasarkan untuk membolehkan pengguna menguruskan pembelajaran, pekerjaan, kreativiti dan hiburan hanya menerusi satu tablet tanpa perlu membawa komputer riba tambahan.
