Lagi banyak korang guna, lagi banyak korang boleh jimat!
Grab kini melancarkan Tawaran Kombo Jimat MEGA bermula 22 hingga 28 November 2026, membawakan pelbagai promosi Beli 1 Percuma 1 dan diskaun ekstra untuk membantu korang mendapatkan nilai berganda bagi setiap pesanan dan perjalanan harian.
Baca juga: ‘Api terlalu marak, kami tak berdaya membantu… hanya nampak ibu mangsa menangis’
Bukan Setakat GrabFood, Kali Ni Satu Aplikasi Penuh Tawaran Beli 1 Percuma 1!

Kalau sebelum ni korang dah biasa sangat dengan promo bulanan Kombo Jimat Beli 1 Percuma 1 (B1F1) waktu hari gaji di GrabFood, kali ini Grab bawa benda ni ke tahap yang jauh lebih besar.
Bermula 22 hingga 28 November 2026, Kombo Jimat MEGA bakal menjadi tawaran pelbagai perkhidmatan (multi-vertical) terbesar Grab untuk tahun ini. Buat julung kalinya, tawaran B1F1 ni bukan untuk order makanan je,tapi meliputi hampir kesemua servis harian yang rakyat Malaysia selalu guna dalam aplikasi Grab:
- GrabFood & Grab Dine Out: Nak makan kat rumah atau lepak makan kat restoran dengan kawan-kawan, dua-dua dapat nikmati tawaran Beli 1 Percuma 1.
- GrabMart: Stok barang dapur dan keperluan harian dah habis? Boleh borong dengan harga jauh lebih berbaloi.
- GrabCar: Nak bergerak ke sana sini pun lebih jimat tanpa perlu risau tambang melambung.
- GrabCoins & Grab PayLater: Kumpul ganjaran lebih banyak atau uruskan perbelanjaan dengan lebih fleksibel sepanjang tempoh kempen.
Senang cerita, apa sahaja urusan harian korang dari sarapan pagi, perjalanan ke tempat kerja, sampailah beli barang dapur, semuanya boleh jimat berganda dalam satu aplikasi.
Livestream 4 Hari Di TikTok @GrabMY Dengan Baucar Kejutan Eksklusif



Sambil-sambil scroll TikTok tengok video viral atau cari idea nak shopping apa yang jimat, pastikan korang singgah ke Kombo Jimat MEGA Livestream yang akan berlangsung selama 4 hari berturut-turut di akaun rasmi TikTok @GrabMY.
- Tarikh: 22 – 25 November 2026
- Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah malam (setiap hari)
Sesi siaran langsung maraton ni bukan biasa-biasa sebab ia bakal dimeriahkan oleh barisan hos dan KOL terkenal tanah air seperti Pinn Yang, Ain Edruce, Alvin Chong, Shabina Ketengah Ketepi serta ramai lagi hos jemputan yang pastinya kecoh dan menghiburkan.
Sepanjang livestream berlangsung, korang boleh terokai pelbagai jenama serta tawaran menarik merentasi servis Grab. Paling penting, akan ada 2 kali sesi ‘drop’ baucar kejutan GrabFood setiap hari!
Nak tahu rahsianya? Baucar kejutan ni memang takkan muncul dalam aplikasi Grab secara biasa ia hanya boleh dituntut secara eksklusif oleh penonton yang tonton livestream tersebut. Masa baucar ni dilepaskan pula memang dirahsiakan, jadi siapa cepat dan rajin tonton, dialah yang dapat!
Mark Kalendar Korang Sekarang Untuk Kombo Jimat MEGA Livestream!
Tak perlu tunggu lama-lama untuk mula merancang perbelanjaan hujung tahun dengan lebih bijak. Pastikan aplikasi Grab korang dah dikemas kini dan bersedia untuk rebut semua tawaran Kombo Jimat MEGA bermula 22 hingga 28 November 2026 ini.
Jangan lupa juga set reminder untuk tonton livestream di TikTok @GrabMY (22–25 Nov) supaya tak terlepas baucar kejutan GrabFood daripada Pinn Yang, Ain Edruce, Alvin Chong dan Shabina Ketengah Ketepi. Jom jimat kaw-kaw hujung tahun ni dengan Grab!
Maklumat lanjut ikuti Grab di Facebook, Instagram dan Tiktok.
The post Hujung Tahun Dompet Makin Nipis? Grab Belanja Jualan ‘Kombo Jimat MEGA’ Beli 1 Percuma 1 Untuk Makan, Groceries & Banyak Lagi! appeared first on Oh! Media.