LATEST
National

‘Api terlalu marak, kami tak berdaya membantu… hanya nampak ibu mangsa menangis’

‘Api terlalu marak, kami tak berdaya membantu… hanya nampak ibu mangsa menangis’

SIK: “Saya terdengar letupan kuat di seberang jalan rumah dalam jam 6.10 pagi dan orang ramai sibuk menyimbah air kerana berlaku kebakaran.

Baca juga: Dr Zulkifli Solat Jumaat: Gesa Khoo Hormati Arahan Tutup Premis

“Saya bergegas ke lokasi dan nampak api marak… ibu dua kanak-kanak itu menangis.”

Mohd Naim Abu Shukri, 29, menyaksikan kebakaran pejabat dijadikan rumah di Kampung Telok Tua di sini, yang meragut nyawa kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan dan abangnya berusia tiga tahun, pagi tadi.

Katanya, lokasi kejadian ialah kira-kira 500 meter dari rumahnya dan api merebak dengan pantas.

“Saya tak dengar jeritan mangsa itu sebab bunyi api agak kuat.

“Penduduk beritahu ada mangsa kanak-kanak sebelum ternampak ibu mereka menangis tapi semua tidak berdaya nak bantu, ” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Naim berkata, tiga beranak itu dipercayai berpindah ke rumah berkenaan bulan lalu dan kebanyakan penduduk tidak mengenali mereka.

Ibu dua beradik itu yang ditemui di lokasi kejadian masih bersedih dan enggan ditemubual media.

Dalam kejadian itu, dua beradik berkenaan ditemukan maut dalam kebakaran bangunan pejabat yang dijadikan rumah di Kampung Teloi Tua di sini.

Mayat mangsa ditemukan atas katil dalam kebakaran yang memusnahkan hampir 90 peratus struktur bangunan itu.

Mangsa ditemukan berpelukan atas tilam katil dalam premis berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news