i-Neighbour jadikan komuniti kediaman pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Komuniti kediaman pintar atau kejiranan pintar merupakan komponen asas Bandar Pintar. Usaha kerajaan dari atas-ke-bawah untuk mempromosikan Bandar Pintar akan sia-sia tanpa komuniti kediaman pintar yang siap dan berfungsi sebagai asas sokongan yang kuat.

Tetapi apakah Sistem Komuniti Pintar untuk kediaman? Aiden Teh, Pengurus Pembangunan Perniagaan i-Neighbour menjelaskan. “Secara ringkas, ianya merupakan ekosistem menyeluruh yang boleh mengurus, mengautomasi, dan menyambungkan mereka yang tinggal, aktiviti yang berlaku dan peralatan yang dipasang di sesebuah komuniti kediaman.”

Disebabkan pelbagai kekangan, sistem konvensional selalunya berselerak. Komponen penting seperti perakaunan hartanah, pembayaran, pengurusan pelawat, rondaan pengawal keselamatan, kawalan akses, CCTV, interkom, tempahan kemudahan, pengurusan dan sebagainya, semua tidak berkaitan dan bergerak secara sendirian. Lebih parah, apabila pelbagai jenis aktiviti masih dikendalikan secara manual di beberapa komuniti kediaman. Kepincangan kaedah manual ini telah menyebabkan pelbagai kesalahan, kecelaruan komunikasi, ketidakcekapan, dan kos tambahan kepada hartanah landed atau hartanah bangunan tinggi.

“Pengurusan Bersama dan Pertubuhan Penduduk di Malaysia semakin jelas tentang kepentingan sistem pintar. i-Neighbour yang mempunyai komponen serba lengkap sudah mula mencipta momentum sekitar tahun lepas, pada kadar pendaftaran sehingga 6-8 komuniti setiap bulan walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pasaran masih skeptikal ketika kami melancarkan i-Neighbour pada 2017. Dalam usaha untuk memberi penerangan yang lebih jelas, kami telah menerbitkan sebuah buku berkaitan sistem komuniti pintar, dan usaha kami akhirnya membuahkan hasil. Selain daripada komuniti individu, beberapa pemaju terkemuka juga telah mendaftar dengan i-Neighbour seperti IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, dari Malaysia, dan Pruksa dari Thailand, dan MyHome dari India. Kita juga memperluas sistem dengan memasukkan modul pemaju seperti pemilikan unit kosong dan pengurusan kerosakan.”

Antara senarai komuniti kediaman i-Neighbour yang semakin meningkat di seluruh negara termasuk The Light Collection di Penang, Atlantis di Melaka, Leisure Farm di Johor Bahru, Sentral Residence, Icon Residence, Sky Condo di Lembah Klang dan banyak lagi.

i-Neighbour ialah jenama yang dibangun dan dimiliki oleh Bahagian Cloud Kumpulan TimeTec. Bahagian Cloud telah memperluas rangkaian produk Komuniti Pintarnya untuk merangkumi Smart Home tahun ini. i-Neighbour boleh bersambung dengan peranti penggera IoT yang dipasang di rumah masing-masing ke pondok jaga dan sistem rondaan secara tanpa wayar.
“Apabila penggera berbunyi di unit kediaman, pengawal akan diberitahu untuk segera menjalankan tugas rondaan untuk meningkatkan keselamatan.”

Sumber- Malaysiakini

Malay News
Technology Desk