LATEST
Social Media

Ibu pertahan tindakan Syida Melvin buat live – “Nak orang tahu sisi bekas menantu yang separuh lagi..”

Ibu pertahan tindakan Syida Melvin buat live – “Nak orang tahu sisi bekas menantu yang separuh lagi..”

Robiah Rahman tampil menjelaskan mengapa anaknya, pelakon dan usahawan Syida Melvin, membuat siaran langsung ketika bertemu bekas suaminya, Syafiq Azim, di kediaman yang pernah mereka diami bersama baru-baru ini.

Dalam hantaran di Threads, Robiah berkata siaran itu bertujuan memberi orang ramai gambaran lain tentang apa yang berlaku semasa pertemuan berkenaan.

Baca juga: Kemelut N. Sembilan akan selesai dalam waktu terdekat – TPM Zahid

“Buat live sebab nak orang tahu sisi dia yang separuh lagi tu, sisi lain dah nampak dia tenang sangat.” ciapannya, semalam.

Robiah turut berterima kasih kepada mereka yang memahami situasi keluarganya. Dalam hantaran sama, beliau meminta agar soal kebajikan anak-anak turut diberi perhatian.

“Terima kasih sebab memahami, bukan kami tak faham undang-undang, ini tentang budi bicara dan belas ihsan untuk kebajikan anak-anak sendiri.” jelasnya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya mengambil kira keadaan yang dihadapi Syida sebelum membuat penilaian terhadap tindakannya.

“Orang yang tak hadap minta tolong jangan terlalu menilai dengan teruk.” tambahnya lagi.

Terdahulu, Syida bersama adik-beradiknya hadir ke kediaman tersebut untuk meminta Syafiq keluar dari rumah berkenaan. Dalam siaran langsung itu, Syafiq dilihat beberapa kali mempertahankan dirinya. Dia juga kelihatan ketawa, makan dan menyapu lantai sepanjang pertemuan tersebut.

Sumber: Threads robiahrahman

More in Social Media

View all

Latest news