Jangan lupa siapa bantu di Mahkota – DAP Johor

Jangan lupa siapa bantu di Mahkota – DAP Johor
Jangan lupa siapa bantu di Mahkota – DAP Johor

Sheikh Umar turut membuat naik gambar pemimpin BN dan DAP ketika kempen PRK Mahkota pada 2024.

JOHOR BAHRU – DAP menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika pelancaran jentera BN sebagai angkuh.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Baghraib Ali mengingatkan kembali BN ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota di Kluang yang berlangsung dua tahun lalu.

“Kenyataan Onn Hafiz Ghazi siang tadi sangat angkuh.

“Ingat..

“Semasa Syed Hussien Bin Syed Abdullah bertanding di Mahkota, merayu-rayu kamu minta DAP tolong!,” katanya dalam muat naik pada Ahad.

Sheikh Umar turut menegaskan BN tidak seharusnya melupakan sejarah kerjasama politik yang pernah terjalin, dengan menggunakan tanda pagar #DudukSemeja dan #MelawanLupa sebagai sindiran terhadap kenyataan terbaru pemimpin BN itu.

Sebelum itu Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menegaskan beliau enggan memegang jawatan Menteri Besar sekiranya perlu bekerjasama dengan DAP selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Tegas beliau, kerjasama antara BN khususnya UMNO dan DAP di negeri ini tidak pernah terjalin selama ini, berbeza berbanding realiti yang dihadapi di peringkat pusat.

PRK DUN Mahkota pada September 2024 menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti besar 20,648 undi

Kempen PRK berkenaan menyaksikan kerjasama bersepadu daripada semua parti gabungan termasuk komponen Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP yang membantu jentera BN.

Mesti Baca

Scroll to Top