LATEST
National

Jepun sahkan wabak kedua selesema burung, 40,000 ayam dilupus

Jepun sahkan wabak kedua selesema burung, 40,000 ayam dilupus

ISLAMABAD: Jepun hari ini mengesahkan wabak kedua selesema burung patogenik tinggi bagi musim ini di sebuah ladang ternakan ayam yang menempatkan kira-kira 40,000 ayam di Wilayah Chiba, lapor Anadolu Ajansi.

Baca juga: 7 individu didakwa bergaduh, isu pelanggan restoran letak kereta di depan rumah orang

Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun berkata, ujian genetik mengesahkan jangkitan di sebuah ladang di bandar Asahi pada jam 8 pagi waktu tempatan (11 malam GMT, Khamis).

Wabak itu dikesan selepas penternak melaporkan gejala luar biasa ayam ternakan, sekali gus mendorong pemeriksaan dan ujian pantas yang menunjukkan keputusan positif wabak.

Pihak berkuasa akan memusnahkan kira-kira 40,000 ayam penelur dan melupuskan bangkainya melalui pembakaran atau penanaman bagi mengelak penularan lanjut.

Kementerian itu berkata, zon sekatan pergerakan akan diwujudkan dalam lingkungan tiga kilometer dari ladang yang terjejas manakala sekatan penghantaran akan meliputi kawasan sehingga 10 kilometer.

Pusat pemeriksaan dan nyahkuman akan didirikan di sepanjang jalan utama manakala ladang ternakan ayam berhampiran akan menjalani pemeriksaan.

Pasukan penyiasatan epidemiologi akan dihantar bagi mengenal pasti punca jangkitan serta kemungkinan laluan penularannya.

Menurut kementerian, ibu pejabat kawalan selesema burung akan mengadakan mesyuarat bagi menyelaraskan langkah pembendungan wabak.

Pihak berkuasa turut menggesa semua wilayah mempertingkat pemantauan dan segera melaporkan jangkitan disyaki.

Kementerian itu bagaimanapun menjelaskan pengambilan daging ayam atau telur tidak menimbulkan risiko jangkitan selesema burung berdasarkan keadaan semasa di Jepun. – BERNAMA-ANADOLU

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news