SHENZHEN –Presiden China, Xi Jinping, menyambut sendiri ketibaan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di lapangan terbang Shenzhen pada Rabu, sekali gus memperlihatkan mesej diplomatik yang signifikan menjelang Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).Lebih mencuri perhatian, kedua-dua pemimpin itu dilihat berpelukan sebaik sahaja Trump turun dari pesawat rasmi Air Force One, sekali gus memperlihatkan kemesraan di tengah-tengah hubungan Washington-Beijing yang masih dibayangi beberapa pertikaian termasuk skandal pengintipan membabitkan syarikat pengeluar cip terkemuka, Nvidia.Tindakan Jinping menyambut sendiri Trump di landasan lapangan terbang itu dianggap sebagai penghormatan luar biasa memandangkan beliau jarang memberikan sambutan sedemikian kepada pemimpin asing.Detik berkenaan turut menarik perhatian kerana Trump sebelum ini pernah melakukan sambutan mesra serupa ketika menerima kunjungan beliau di Pangkalan Tentera Udara Andrews, Maryland, pada September lalu.Pemimpin Republikan itu tiba di Shenzhen bagi menghadiri sidang kemuncak APEC yang berlangsung selama dua hari selain dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Jinping pada Khamis.Lawatan itu merupakan kunjungan kedua Trump selepas lawatan negara ke Beijing pada Mei lalu.Pertemuan berkenaan dijangka membincangkan beberapa isu utama termasuk hubungan perdagangan, sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI), konflik Iran dan Perang Ukraine.Antara agenda yang paling mendapat perhatian ialah pertemuan tiga hala membabitkan Trump, Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.Putin yang tiba lebih awal di Shenzhen disambut oleh Ketua Pejabat Umum Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Cai Qi berbeza dengan layanan diberikan kepada Trump.Pertemuan tiga pemimpin berpengaruh dunia itu berlangsung ketika konflik Ukraine dan Iran masih belum menunjukkan tanda-tanda reda selain hubungan perdagangan dan persaingan teknologi antara Washington dengan Beijing terus dibayangi ketegangan.Sidang Kemuncak APEC 2026 di Shenzhen dijangka menjadi platform penting untuk ketiga-tiga kuasa besar itu membincangkan perkembangan geopolitik dan cabaran ekonomi global. – Agensi
Jinping beri pelukan mesra, sambut sendiri Trump
Malay News | https://www.malay.news/jinping-beri-pelukan-mesra-sambut-sendiri-trump/