“Kami berdua ibu bapa Fatima…”- Fazura minta henti provokasi! Fokus co-parenting bersama Fattah Amin

“Kami berdua ibu bapa Fatima…”- Fazura minta henti provokasi! Fokus co-parenting bersama Fattah Amin

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menyeru semua pihak agar menghentikan sebarang provokasi, fitnah serta cacian yang dilemparkan terhadap dirinya, anak tunggalnya Nur Fatima Aisya dan bekas suami, Fattah Amin.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok semalam, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, memohon agar orang ramai kekal tenang selain memberi ruang kepadanya untuk membesarkan Fatima dalam suasana harmoni.

“Dengan rendah hati saya nak nasihat dan beri pesanan kepada semua peminat supaya kekal tenang, semoga kita semua istiqamah dan muhasabah diri.
“Jika ada provokasi, cacian, hinaan atau fitnah yang dilemparkan oleh individu tertentu sama ada daripada ‘haters’ mahupun peminat individu berkenaan, harap kita semua dapat bertahan. Apa-apa pun utamakan keharmonian dan utamakan Fatima,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura menjelaskan bahawa dia dan Fattah bersetuju untuk meneruskan hubungan sebagai ibu bapa kepada Fatima menerusi konsep keibubapaan bersama atau co-parenting demi kepentingan anak mereka.

“Saya dan daddy Fatima, kami berdua adalah ibu bapa kepada Fatima. Jadi, banyak lagi momen yang mungkin kami akan rakam sebagai kenangan untuk Fatima.
“Saya harap semua raikan dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Fatima. Kalau tiada benda elok nak cakap, hentikan. Jangan ganggu proses ini di mana kami berdua nak ‘co-parenting’ sebaik-baiknya untuk Fatima.
“Harap tiada lagi sesiapa di luar sana mencampuri atau mengganggu niat baik kami demi keharmonian Fatima dan yang terlibat ialah mommy Fatima, daddy Fatima dan Fatima sahaja, tiada orang lain,” katanya lagi.

Tambah Fazura, segala perkara yang dilakukan selepas ini adalah semata-mata demi kebahagiaan dan masa depan Fatima, tanpa melibatkan mana-mana pihak lain.

“Saya adalah ibu tunggal dan bekerja. Saya perlu besarkan anak saya dengan mental yang baik dan ketenangan. Tolong jangan ganggu saya lagi. Cukuplah, saya dah lalui terlalu banyak.
“Tidak kira apa pun terjadi, bermula sekarang saya dan Fatima akan sentiasa berdua untuk mengharungi semuanya. Biarkan saya membesarkan Fatima sebaik-baiknya, dengan tenang dan harmoni.
“Ingatlah bahawa jodoh, ajal dan maut semuanya Allah yang tentukan. Saya harap peminat saya dan Fattah Amin dapat terima bahawa sudah tiada jodoh antara kami.
“Saya perlu gembira, sihat dan bekerja untuk besarkan anak sebaik-baiknya. Itu sahaja yang saya harapkan,” katanya dalam nada sebak.

Fazura turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kebaikan buat dirinya dan Fatima.

Artikel lain: Fazura akui impian ke Itali bersama pasangan masih tertangguh – “Harap jumpa lelaki bertanggungjawab”

Sebelum ini, hantaran Fatima di Instagram pada Sabtu lalu yang berkongsi keterujaannya menyambut hari kebudayaan di sekolah dengan kehadiran Fazura dan Fattah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Susulan hantaran tersebut, timbul pelbagai dakwaan, kecaman dan provokasi membabitkan kedua-dua selebriti berkenaan sehingga Fazura dan Fattah tampil memberikan penjelasan masing-masing.

Sumber: Threads ____peachyblush

Scroll to Top