LATEST
Current Affairs

Kenaikan insentif SHAKAM lonjak motivasi skuad sepak takraw

Kenaikan insentif SHAKAM lonjak motivasi skuad sepak takraw

KENAIKAN kadar ganjaran di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi acara berpasukan dijangka menyuntik motivasi baharu kepada skuad sepak takraw kebangsaan menjelang Sukan SEA 2027 di Malaysia.Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, keputusan itu hadir tepat pada masanya ketika skuad kebangsaan sedang membina momentum menjelang temasya dwitahunan berkenaan.”Dalam sepak takraw, setiap pemain di gelanggang mahupun di bangku simpanan berlatih dan berkorban sama banyak. Langkah ini memastikan setiap daripada mereka dihargai secara adil.”Ia datang tepat pada masanya, ketika kita sedang membina momentum menjelang Sukan SEA 2027 di tanah air,” katanya dalam satu kenyataan.Rabu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mengumumkan kenaikan kadar SHAKAM bagi pemenang pingat emas acara berpasukan Sukan Asia, Sukan Para Asia dan Sukan Komanwel sebanyak 166.67 peratus daripada RM15,000 kepada RM40,000 seorang.Kadar ganjaran bagi pemenang pingat perak turut dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM20,000 seorang, manakala gangsa meningkat daripada RM4,000 kepada RM10,000 seorang.Kenaikan itu merupakan yang pertama bagi acara berpasukan dalam tempoh 24 tahun sejak kadar berkenaan ditetapkan pada 2002.Skuad sepak takraw negara sebelum ini mencipta kejayaan apabila menamatkan kemarau 36 tahun pingat emas acara regu berpasukan pada Sukan Asia 2026, selain membawa pulang pingat perak regu lelaki pada temasya di Aichi-Nagoya, Jepun, September lalu.Sukan SEA 2027 akan berlangsung di empat kluster iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor dari 18 hingga 29 September tahun depan.

More in Current Affairs

View all

Latest news