LATEST

Air penuh di perkarangan Masjid Darul Falah, kariah gusar banjir makin buruk

Air penuh di perkarangan Masjid Darul Falah, kariah gusar banjir makin buruk

am@hmetro.com.my

Baca juga: Anak ketiga Sanusi mungkin tak dapat duduki SPM, patah empat jari dan tulang rusuk

Kuala Selangor: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan perkarangan Masjid Darul Falah, Kampung Bukit Hijau, Jeram, di sini, ditenggelami banjir.

Lebih memburukkan keadaan apabila musibah itu datang serentak bersama ‘banjir termenung’ yang berlaku sejak seminggu lalu.

Nazir masjid, Selamat Asir berkata, banjir itu menyebabkan jemaah terpaksa meletakkan kenderaan mereka jauh dari masjid.

“Sejak beberapa hari lalu, kami melihat cuaca tidak begitu baik. Kemuncaknya semalam apabila hujan berterusan menyebabkan banjir memenuhi kawasan perkarangan masjid.

“Untuk makluman, ini kejadian kedua berlaku dan kebarangkalian peluang untuk air surut adalah tipis,” katanya ketika ditemui hari ini.

Selamat berkata, walaupun keadaan masih terkawal pihak pengurusan masjid bimbang jika hujan berterusan.

“Masa banjir kali pertama, hanya beranda luar sahaja ditenggelami air. Kali ini, tandas lelaki pula tenggelam dan tidak boleh digunakan.

“Jemaah juga berdepan kesukaran di mana sebahagian daripada mereka kurang selesa iaitu gatal kaki kerana meredah air banjir,” katanya.

Beliau berkata, masjid itu boleh memuatkan lebih 700 jemaah untuk menunaikan solat.

Katanya, pihaknya bercadang untuk mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan masjid jika air surut sepenuhnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news