Koronavirus baharu berpotensi cetus pandemik seperti Covid-19

Koronavirus baharu berpotensi cetus pandemik seperti Covid-19
Koronavirus baharu berpotensi cetus pandemik seperti Covid-19

Virus itu dibawa spesies kelawar heart-nosed yang biasanya ditemui di Afrika Selatan. – Foto Agensi

LONDON – Satu koronavirus baharu seperti COVID-19 yang berasal daripada kelawar dan berpotensi menjangkiti sel manusia telah mencetuskan kebimbangan bahawa ia boleh mencetuskan pandemik.

Menurut saintis, virus dikenali sebagai CcCoV-KY43 itu berupaya mengikat reseptor sel yang terdapat dalam paru-paru manusia.

Ia dibawa spesies kelawar heart-nosed yang biasanya ditemui di Afrika Selatan termasuk timur Sudan, beberapa bahagian di Kenya dan utara Tanzania.

Pasukan penyelidik dari Britain dan Kenya mendapati virus tersebut belum lagi menjangkiti manusia buat masa ini.

Ia berupaya memasuki sel manusia dan menggunakan pelbagai reseptor tambahan untuk menjangkiti manusia.

Difahamkan, CcCoV-KY43 dikenal pasti selepas ujian dilakukan di Nairobi, namun ia disahkan belum menular dalam kalangan komuniti.

Penemuan ini akan membantu manusia bersedia menghadapi sebarang penularan pada masa hadapan dan memulakan pembangunan vaksin dan ubat antivirus sebelum terlambat. – Agensi

Scroll to Top