LATEST

KPM teliti keperluan tambah pembantu warden, guru kaunseling

KPM teliti keperluan tambah pembantu warden, guru kaunseling

KUALA KANGSAR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti keperluan menambah pembantu warden serta guru bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah berasrama.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian dan bimbingan sewajarnya sepanjang berada di asrama, termasuk dari aspek emosi dan penyesuaian diri.Menurutnya, perkara berkenaan antara yang dibincangkan dalam pertemuan bersama pihak polis di Kuala Kangsar pada Sabtu, susulan kejadian seorang pelajar TingkatanTiga di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di daerah itu ditemukan meninggal dunia pada Rabu.Beliau berkata, perbincangan turut menyentuh aspek keselamatan pelajar, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta pengurusan asrama.”Saya mahu ibu bapa tahu bahawa kita berkongsi harapan yang sama. Kita mahu anak-anak berjaya, tetapi lebih daripada itu, kita mahu mereka membesar dengan selamat dan bahagia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.Fadhlina berkata, ibu bapa juga perlu menilai kesediaan anak-anak sebelum membuat keputusan menghantar mereka ke sekolah berasrama, mengambil kira setiap individu mempunyai tahap penyesuaian dan kemampuan emosi berbeza.Katanya, ada pelajar yang mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan berjauhan daripada keluarga, manakala sebahagian lagi memerlukan tempoh lebih lama serta dorongan tambahan.Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa menyediakan ruang kepada anak-anak untuk berkongsi cerita dan meluahkan perasaan tanpa rasa takut dihakimi.”Jangan terlalu risau jika anak kita tidak masuk ke sekolah impian. Setiap anak mempunyai jalan dan waktunya sendiri untuk berjaya.”Yang paling penting, di mana pun mereka belajar, biarlah mereka tahu bahawa kasih sayang dan penerimaan kita tidak pernah bergantung pada nama sekolah atau keputusan peperiksaan mereka,” katanya.

Latest news