SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un meneruskan agenda domestiknya dengan meninjau beberapa tapak kilang termasuk kemudahan pengeluaran peralatan sekolah dan bahan bantu mengajar selepas hasrat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengadakan pertemuan dengannya tidak kesampaian ketika lawatan ke Asia.Media tempatan melaporkan Jong Un meneliti sampel kelengkapan sekolah dan peralatan bagi kelas sains yang bakal dihasilkan di kilang berkenaan pada Jumaat.Beliau turut menegaskan kepentingan sektor pendidikan dan sains dalam membentuk masa depan generasi muda serta pembangunan negara.Perkembangan itu berlaku selepas Trump meninggalkan rantau itu pada Khamis tanpa mengadakan pertemuan dengan beliau setelah duduk semeja dengan Presiden China, Xi Jinping dan pemimpin Rusia, Vladimir Putin.Trump memberi alasan jadual yang padat menjadi kekangan untuk mengadakan rundingan dengan Jong Un, namun tidak menolak kemungkinan kedua-duanya bertemu pada masa akan datang.Pyongyang setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.Sebaliknya, media kerajaan terus memberi tumpuan kepada kegiatan domestik Jong Un yang turut berkunjung ke sebuah resort ski dan Gunung Paektu serta melawat sebuah universiti tentera laut pada awal minggu lalu.Sebelum ini, Trump dan Jong Un pernah mengadakan tiga pertemuan bersejarah sepanjang penggal pertama pentadbiran Presiden AS itu, sekali gus mencetuskan harapan terhadap usaha meredakan ketegangan berhubung program nuklear Pyongyang.Bagaimanapun, rundingan berkenaan gagal menghasilkan sebarang perjanjian konkrit bagi membendung pembangunan senjata nuklear negara itu.Walaupun berdepan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama bertahun-tahun, Korea Utara terus memperluas keupayaan nuklearnya malah mengisytiharkan status negara nuklear sebagai kekal dan tidak boleh diubah.Penganalisis berpendapatan, hubungan Pyongyang yang semakin akrab dengan Beijing dan Moscow berpotensi mengurangkan kebergantungannya terhadap rundingan dengan Washington.Ia dijangka menyukarkan usaha Trump menghidupkan semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara ketika pentadbirannya turut berdepan tekanan politik susulan kekalahan besar Parti Republikan pada Pilihan Raya Pertengahan Penggal pada awal bulan lalu. – Agensi
Trump terlalu sibuk, Jong Un pula teruskan agenda sendiri
Malay News | https://www.malay.news/trump-terlalu-sibuk-jong-un-pula-teruskan-agenda-sendiri/