COX’S BAZAR – Ratusan pelarian Rohingya di kem sementara sesak di Cox’s Bazar bagi meraikan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda memutuskan Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik minoriti tersebut ketika operasi ketenteraan kejam pada 2017.Bagi kebanyakan mereka, ‘kemenangan kecil’ itu menyemarakkan harapan untuk kembali ke kampung halaman di Myanmar setelah bertahun-tahun hidup serba daif sebagai pelarian di Bangladesh.Tribunal antarabangsa yang berpusat di The Hague itu turut mengarahkan kerajaan Myanmar yang disokong tentera supaya membenarkan etnik Rohingya pulang dengan selamat, membayar pampasan kepada komuniti Muslim berkenaan dan mendakwa individu yang disyaki terbabit dalam jenayah genosid. Bagaimanapun, pelaksanaan keputusan itu masih menjadi tanda tanya.Walaupun keputusan ICJ bersifat muktamad, mahkamah itu tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya selain melaporkan sebarang ketidakpatuhan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Pada Jumaat, Yangon turut menolak keputusan tersebut dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak adil’ setelah komuniti antarabangsa menggesa pelaksanaan sekatan ketat sebagai hukuman ke atas kezaliman mereka.Beberapa penduduk Rohingya juga meluahkan harapan dan kebimbangan mereka terhadap keputusan berkenaan.Myanmar selama ini menafikan kewujudan Rohingya, namun mahkamah PBB kini telah memperjelas kedudukan kami,” kata pemimpin komuniti, Sayed Ullah.Ketika ini, sebahagian besar pelarian Rohingya menggesa tindakan lebih tegas terhadap pihak berkuasa Myanmar yang melancarkan kempen pembersihan etnik di negeri Rakhine, mengakibatkan kira-kira 100,000 anggota komuniti itu terbunuh.Dalam operasi yang didakwa dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan pemberontak Rohingya, tentera Myanmar turut dituduh melakukan rogol secara beramai-ramai dan membakar perkampungan penduduk etnik tersebut. – Agensi
‘Kami mahu pulang ke Myanmar’ – Pelarian Rohingya
Malay News | https://www.malay.news/kami-mahu-pulang-ke-myanmar-pelarian-rohingya/