LATEST
World News

Trump dakwa Iran mahu berunding

Trump dakwa Iran mahu berunding

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa Iran mahu mencapai perjanjian bagi menamatkan konflik yang berlarutan hampir sembilan bulan, namun tawaran Tehran setakat ini tidak memenuhi syarat yang boleh diterima Washington.Trump berkata, AS mahukan perjanjian sebenar dan bukannya persetujuan yang hanya bersifat sementara atau tidak menyelesaikan pertikaian utama antara kedua-dua negara.”Kami mahu mencapai perjanjian sebenar, bukan perjanjian palsu,” katanya kepada pemberita di Rumah Putih pada Jumaat.Beliau turut menegaskan Iran tidak akan dibenarkan memiliki senjata nuklear, sekali gus mengulangi pendirian utama Washington dalam rundingan dengan Tehran.Kenyataan itu dibuat ketika usaha diplomatik untuk menghentikan konflik terus berlangsung, meskipun ketegangan ketenteraan di rantau Teluk semakin meningkat.Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata, Tehran masih meletakkan harapan kepada diplomasi bagi menamatkan peperangan dengan AS.Beliau berkata, Iran mahukan satu perjanjian yang dapat menjamin konflik tidak berulang dan memerlukan kepastian bahawa Washington benar-benar serius untuk berunding.Menurut Araqchi, Tehran turut membincangkan bentuk langkah membina keyakinan bersama dengan beberapa pihak yang bertindak sebagai pengantara.Bagaimanapun, beliau menegaskan Iran mempunyai beberapa garis merah dalam rundingan, termasuk mengekalkan uranium diperkaya di dalam negara itu.Araqchi bagaimanapun percaya penyelesaian yang adil masih boleh dicapai sekiranya kedua-dua pihak bersedia mencari titik persamaan.-Agensi

More in World News

View all

Latest news