LATEST

Isteri bekas Pengerusi Bersatu Terengganu sertai Pas

Isteri bekas Pengerusi Bersatu Terengganu sertai Pas

​DUNGUN – Isteri kepada bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris, iaitu Datin Nor Aizam Abu Bakar diumumkan menyertai Pas pada Jumaat.​Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Program, Sheikh Mohd Hanafi Abdul Aziz sempena Pelancaran Jentera Pilihan raya Pas Terengganu PRU16 dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0) di sini.​Penyertaan Nor Aizam turut diikuti tiga lagi pemimpin sayap Srikandi Bersatu negeri itu, termasuk Ketua Srikandi Muda Negeri Terengganu, Nor Dalila Zainal Abidin.​Dua lagi individu yang mengambil langkah sama ialah Norayu Jusoh, serta Wan Nirani Wan Hassan.​Difahamkan, penyertaan keempat-empat pimpinan dan ahli sayap parti itu dibuat secara sukarela untuk bersama-sama perjuangan Pas.​”Srikandi-Srikandi ini telah mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan kita,” kata Sheikh Mohd Hanafi.  

Latest news