KRW sedia tukar nama jika darurat

KRW sedia tukar nama jika darurat

Kota Bharu: Kelantan Red Warrior (KRW) sedia menjenamakan semula pasukan sekiranya isu nama menjejaskan perjalanan pasukan.

Presidennya, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sedia maklum berkenaan hasrat peminat untuk KRW menjenamakan semula nama dan logo pasukan yang sering terpalit dengan pasukan lama Kelantan FC.

Katanya, namun pasukan tidak merancang untuk menukar nama dan logo pasukan dalam tempoh terdekat.

“Majoriti masih inginkan kekalkan nama dan logo keramat kami, kami capai kejayaan (di Liga A1 Semipro) juga dengan nama ini (KRW), kalau boleh kami nak kekalkan.

“Tetapi jika isu nama dan logo makin teruk, kami bersedia kalau perlu tukar, persediaan kami ada, tapi bersabar,” katanya ketika ditemui dalam katanya ketika ditemui dalam Majlis Pengenalan Penaja di Royal Guest House, di sini, hari ini.

Sementara itu KRW berhasrat mengambil pemain Asia sebaik bebas sekatan perpindahan pemain bagi memperkuat jentera menghadapi Liga Super 2026/27.

Zaki berkata, pemain Asia dijangka mengisi posisi penyerang dan penjaga gol.

Katanya, pihaknya yakin pasukan dapat menyelesaikan isu sekatan perpindahan pemain secepat mungkin sebelum sepak mula liga super pada 18 Ogos ini.

“Kami ada perancangan, ketua jurulatih dan pengurusan juga ada buat penilaian pemain-pemain yang sesuai dengan kami, import kami mungkin peringkat ASEAN, Asia,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya sudah menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada pihak Persekutuan Bolasepak  Antarabangsa (FIFA) dan yakin keputusan yang adil akan diperoleh pasukan kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top