Lelaki 25 tahun pilih wanita 63 tahun jadi isteri

Lelaki 25 tahun pilih wanita 63 tahun jadi isteri
Lelaki 25 tahun pilih wanita 63 tahun jadi isteri

Seorang lelaki berusia 25 tahun di Tulungagung, Jawa Timur menjadi perhatian ramai selepas memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 63 tahun

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 25 tahun di Tulungagung, Jawa Timur menjadi perhatian ramai selepas memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 63 tahun, lapor portal berita Lambe Turah.

Pasangan tersebut selamat disatukan dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung di daerah Ngunut, semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @officiallambeturah, pengantin lelaki dilihat melafazkan akad nikah dengan lancar hanya dalam satu nafas.

Perbezaan usia yang ketara antara kedua-dua mempelai tidak menjadi penghalang untuk mereka membina kehidupan bersama sebagai suami isteri.

Video berkenaan menarik perhatian pengguna media sosial dan telah meraih lebih 457,300 tontonan setakat ini.

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen.

“Cinta atau harta?” tulis seorang pengguna media sosial.

“Yang penting kedua-duanya saling menyukai,” komen seorang lagi netizen. – Agensi

Mesti Baca

Scroll to Top