
Media Iran juga mengesahkan keluarga Ahmadinejad menafikan laporan kematiannya. Foto Agensi
MOSCOW – Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad disahkan masih hidup, sekali gus menyangkal laporan yang mendakwa beliau terbunuh dalam serangan bersama dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel di Teheran pada akhir minggu lalu.
RT memetik sumber rapat pemimpin itu melaporkan Ahmadinejad, 69, berada dalam keadaan selamat kerana beliau berada di lokasi lain.
“Tiga pengawal peribadinya bagaimanapun terkorban dalam serangan ganas itu.
“Kediaman peribadinya tidak terjejas dan lokasi yang dibedil merupakan sebuah bangunan lain yang terletak sejauh kira-kira 100 meter,” jelas sumber itu lagi.
Sebelum ini, media Iran juga mengesahkan keluarga bekas Presiden yang berkhidmat pada 2005 hingga 2013 itu turut menafikan laporan kematiannya. – Agensi
Ringkasan AI
- Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad disahkan masih hidup menyangkal laporan kematian
- Beliau tidak terjejas kerana berada di lokasi lain pada masa serangan
- Tiga pengawal peribadinya terkorban dalam serangan tersebut
- Kediaman peribadinya selamat dan bangunan yang diserang berjarak kira-kira 100 meter darinya
- Keluarga beliau juga menafikan laporan kematiannya



