LATEST

Melaka negeri kecil, tak perlu ramai Exco – Ketua AMK Melaka

Melaka negeri kecil, tak perlu ramai Exco – Ketua AMK Melaka

MELAKA – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Muhammad Hakimin Mokhtar berpandangan jumlah anggota Exco dan Timbalan Exco yang ramai tidak diperlukan dalam pentadbiran negeri Melaka yang kecil.Beliau mempersoalkan keperluan mewujudkan terlalu banyak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri susulan pembentukan barisan kepimpinan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Menurutnya, berdasarkan pembahagian jawatan yang dipersoalkan, daripada 24 kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), sebanyak 23 jawatan dikatakan diperuntukkan kepada wakil rakyat termasuk seorang Ketua Menteri, 11 Exco dan 12 Timbalan Exco.Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada semua jawatan berkenaan benar-benar diperlukan atau sekadar meningkatkan perbelanjaan kerajaan negeri.”Melaka ini negeri kecil. Tidak perlu terlalu ramai Exco dan Timbalan Exco untuk mentadbir sebuah negeri yang kecil.”Persoalannya, adakah semua jawatan ini benar-benar diperlukan atau sekadar menambah perbelanjaan kerajaan negeri?” soalnya menerusi kenyatan.Beliau turut membangkitkan kemungkinan cadangan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan yang perlu diberikan perhatian dari sudut keperluan dan implikasi perbelanjaan.Katanya, rakyat memerlukan pentadbiran yang cekap dan berkesan, bukannya pentadbiran yang dibebani terlalu banyak jawatan.Pada Khamis, seramai 10 anggota Exco Melaka selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, seramai 11 Exco termasuk dirinya akan bertanggungjawab menguruskan portfolio masing-masing dalam pentadbiran kerajaan negeri.Selain itu, seramai 12 Timbalan Exco turut disenaraikan manakala ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.  

Latest news